Akhirnya Iffah dah sampai ke asrama . Heee . Honestly Iffah dah sampai lama sebenarnyaa . Sampai sampai jee straight pergi makan then naik dorm and study . Starting dengan subjek SEJARAH . Nak habiskan hari niy kalau boleh . Kalau tak sempat esok pulak . Nanti dekat nak exam nak review balik and jawab soalan jee . Paper SEJARAH sama hari dengan paper SCIENCE . Gileee kau ! Tuu yang nak struggle kepada SEJARAH duluu . Takut tak sempat nak study nanti . Bukannya sikit kena baca . Banyak tahuuuuu ! K k . Sekarang nak share macam mane nak uruskan masa untuk persediaan exam . Takut tak menyempat nak study nanti . Tapi niy just pendapat dari Iffah . Tak kesah nak terima ke tak .
First ! Bagi Iffah , subjek membaca perlu diutamakan sebab otak kita niy tak boleh stres stres if kita study last minute and kalau tak semua yang kita baca akan BLANK ! Subjek membaca niy biasanya SEJARAH , Pendidikan Islam , Geografi , Kemahiran Hidup and Science . Tapi tuu bagi Menengah Rendah . Kalau untuk Menengah Atas tak tahu laa nak cakap macam manee . Tak dek pengalaman lagi . I'm still sweet fifteen , ok ?
Second ! Lepas study satu subjek or topic kee . Kita perlu buat latih tubi . Otak kita bukannya akan selalu menyimpan apa yang kita baca . So perlu dipraktikan . Manusia mudah lupa , bukan ? Kehkeh ~
Third ! Kita perlu consistance dalam study study niy . Mana boleh berhenti sekejap sekejap . Get it ? (:
Forth ! Kita perlu banyakkan bertanya kepada guru . Ada sesetengah pelajar yang takut sangat bertemu guru kenapa yaa ? Bukannya cikgu telan kita hidup hidup pun . Aduhai ~ Lagi kita banyak bertanya lagi guru suka . Tapi jangan tergedik gedik nak tanya soalan yang merepek pulak . Makan penampar lah jawabnya . Time tanya guru tanya dengan adab sopan . Nak dipanggil pelajar kuang ajaq ka ? Sekali kena habis kena cop muka pelajar biadap . So , elakkan (:
Lastly ! Cuba kita elakkan diri kita membuang masa . Kita gunakan sebaik mungkin masa kita dengan melakukan aktiviti yang berfaedah atau yang mendatangkan pahala mungkin . Banyak cara kita boleh gunakan untuk berjaya . Cuma kita sahaja yang tak sedar dan pandang remeh jee . Kita perlu ingat yang kita niy harapan keluarga , agama dan negara .
Oklah . Sampai sini sahaja . Nak sambung balik study . Maaf kalau ada yang terasa . Sekian . Assalamualailkum (:
The end .